KognAktif Logo

Log Masuk

Belum ada akaun? Jom Daftar & Main PERCUMA

KognAktif Icon
Apa itu KOGNAKTIF?
KognAktif Logo
KognAktif merupakan modul pembelajaran interaktif berasaskan permainan secara visual untuk membantu mempertingkatkan rangsangan koordinasi mata, tangan dan kaki khususnya Murid Berkeperluan Khas (kanak-kanak istimewa).
KognAktif Aktif
KognAktif adalah gabungan perkataan Kognitif dan Aktif di mana kanak-kanak dapat melatih kemahiran kognitif melalui pergerakan anggota badan secara aktif.

Kelebihan KognAktif ini adalah kanak-kanak berlatih dan bermain tanpa perlu menyentuh sebarang objek fizikal tetapi hanya perlu mengikuti pergerakan seperti yang ditetapkan di dalam permainan visual.
KognAktif Penilaian
Modul-modul latihan beserta penilaian yang disediakan dapat memantau perkembangan prestasi kognitif dan motor kanak-kanak.

Murid berkeperluan khas ini merujuk kepada pelajar yang mengalami perkembangan lewat (ketika mereka berusia di bawah 3 tahun) seperti Sindrom Down, Autisme, ADHD atau terencat akal. Selain itu, masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia juga termasuk dalam kategori ini.

Tujuan kami adalah untuk membantu murid berkeperluan khas ini dari segi meningkatkan kualiti kemampuan fizikal mereka sekaligus dapat memperbaiki prestasi pembelajaran mereka.